Friday, April 3, 2009

PERTANDINGAN KARAOKE NOSTALGIA 60an @ 3 April 2009

Bertempat di Wisma Belia MAYC, seramai 24 peserta yang masuk bertanding malam tadi. Ada juga bakat yang diluar jangkaan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Satria yang diketuai oleh Saudara Azrul @ Ayo dengan kerjasama MAYC Kuala Langat. Meriah jugalah malam tadi.
Kelab Perdana diwakili oleh Saudara Syahmi Samsul dan Saudara Syukri. Adik-adik kite ni baru nak mencungkil bakat. Mau kutip pengalaman la dulu.... tak menang pun tak pe. Janji rock!!!

Kategori Wanita dijuarai oleh Kak salmah dari Persatuan RELA. Naib Johan & Ketiga dimenangi oleh Kelab Symphoni. Nampaknya Kelab Symphoni terus mengasak untuk memenangi setiap pertandingan! Syabas 7 Tahniah.
Bagi kategori Lelaki pula, Kelab Warna Nyata paling menyerlah. Tempat Johan dan Naib Johan dirangkul oleh mereka. Memang layak la... sebab dari segi stail, pemilihan lagu, nyanyian dan gerak badan tersangat 60an! Walupun kelab mereka ni adalah kelab Drift, tapi bole nyanyi 60an!

Thursday, April 2, 2009

AEROBIKFUN POCO-POCO ETNIK


Hmmm tak hilang lagi sakit badan balik kursus kt PD tu, dah kena pikir pasal poco-poco lakk. Pertandingan Aerobikfun Poco-poco Etnik pada 29 Mac 2009 di tesco Sg. Emas.
So, the next morning menggelabah cari orang yg nak masuk pertandingan poco2. Nasib baik ada yang berminat.
Esoknya terus set cari lagu dan buat latihan kt balairaya. Mujurla hubby bagi restu. Praktis & kareografi sumer kitorang buat pikir sendiri. Redah je la... Yang penting participation & kutip pengalaman untuk Kelab Perdana. So, next time we are well prepared. Harap-harap gitula.
Thanks to the member of the team : Nana, Huda, Syikin, Lin & K.Ita. Not forgetting to Nor & Dina for your support. Walaupun tak menang, we are having fun!
Tahniah & Syabas buat Kelab Sukses & MAYC K.Langat kerana berjaya menganjurkn pertandingan tersebut.

KURSUS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN ASAS (BELIA BERPERSATUAN) DAERAH KUALA LANGAT.






Salam perpaduan....
Nak update berita dari PD masa kursus pada 20-22 mac tempohari. Itulah dia tajuk sebenonya. Makk aaaiii... panjang betul!
Bertolak ke sana saya car pooled dgn Ajmal dari Kelab Wira dan Erin dari Kelab Seraga Panglima. Sebelum tu saya frust betul dgn ajk yg sepatutnya pegi dgn saya, last minute cancel. Tapi x pe la, saya tak rugi apa2 sebaliknya dia yang rugi. Insan lemah saja yang tak boleh menepati janji. Nak cari ganti pun susah bila last minit ni, nnt org marah lak. So, akak redah je la dek non...
Kat sana baru dpt jadual. Program2 yang disusun ok la tapi masih ada ruang untuk diperbaiki. Walaupun ada geseran sedikit dikalangan kami, itu semua dpt diatasi akahirnya melalui kematangan dan kewarasan fikiran. Itulah yang mendewasakan belia!
Saya terpaksa bertindak sebagai pengerusi majlis sepanjang kursus ni sebab ntah kenapa tetiba je Puan Pengerusi lantik saya. Dah bidan terjun camtu, saya deliver sebaik mungkin la... Lagipun bukannya tak biasa. Chewah!

Speaker yang dijemput ialah:
1. En. Jamaluddin Md. Noor - Seminar bertajuk PERANAN SETIAP JAWATAN DALAM ORGANINSASI
2. En. Rameli b. Mat - Seminar bertajuk MERANCANG PROGRAM, PELAKSANAAN KERTAS KONSEP & E-BANTUAN.
3. Dr. Azman Ching - Seminar MEMPERKASA BELIA CEMERLANG

Memang Best la! Setiap modul tak boring, ada byk isi penting untuk diberi perhatian. Terutama talk Dr. Azman Ching. Teruja betul! maklum lah ceramah motivasi, mesti la meremang bulu roma.. Masa riadah best la bole mandi pantai. Dari balkoni bilik pun bole terjun mandi. Dekat betul dgn pantai! Apalagi? tak lepas peluang naik kayak & banana boat! Malam lepak minum sambil tgk orang karaoke...
Sebelum bertolak balik Ahad tu, K. Ojane umumkan beliau nak belanja semua Pengerusi2 kelab main Boling Rabu depan. Sedikit sebanyak dapatlah 'merawat luka yang terpendam'. Ok la tu!
Hope u all enjoy tgk gambar2 tu. Yang tak ikut tu, jangan makan ati!