Thursday, March 19, 2009

KURSUS KEPIMPINAN PENGERUSI & SETIAUSAHA KELAB-KELAB

Hai...
Untuk makluman semua, hari ini kami akan menyertai Kursus Kepimpinan Belia Pengerusi & Setiausaha di Felda Residence, Port Dickson. Program itu akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 20 hingga 22 Mac 2009. Bertolak hari ini jam 3 petang. Car pool dengan Kelab Belia Seraga Panglima dari Teluk Bunut.
Saya akan pergi dengan Siti Aini aka Puteri (apa-apa aje...). Tapi saya memang clueless la sebab sampai hari ni tak de aturcara program. Penganjur sebenar pun saya tak pasti. Kami ikut arahan Pengerusi MAYC Kuala Langat. Harap-harap semuanya berjalan lancar... Ye la, diorang pun dah banyak pengalaman anjurkan macam2 program. So, i trust that i'm in a good hand! Steadylah k. Ojane!

Sebelum tu, saya nak inform kat ahli2 kelab mengenai program yang akan datang.
First, Pertandingan Poco-poco antara kelab pada 28 Mac 2009. Saya akan dapatkan butiran lanjut selepas ini.
Secondly, Pertandingan Karaoke Nostalgia 60an. Pada 31 Mac 2009 ini di Wisma Belia MAYC Kuala Langat. Hadiah lumayan... Johan: RM 300, Naib : RM200, Ketiga : RM 100. Kepada yang berminat, cepat2 hantar nama ok!

Salam....

Salam perkenalan kepada yang baru berkunjung ke blog ini.
Saya selaku Pengerusi Kelab Perdana MAYC Seri Cheding, DEDICATE blog ni kepada sumer ahli-ahli Kelab Perdana Seri Cheding. Harap ahli-ahli kelab enjoy melawat blog ni dan mendapat info yang up to date! Have fun guys... In case u all nak tambah more info, please do not hesitate!
SHARING IS CARING!!!

p/s : Credit to both of my nieces for the guidance in creating this blog. TQVM to Wani & Elly!